(BM)Malaysia : Sumber komersial terbanyak tapi tidak dipasarkan
Pada 17 Mei 1997, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Bandar Cyberjaya ( dahulu dikenali sebagai Kampung Air Terantang ) sebagai Lembah Silikon yang berdaya upaya seperti penerajunya di Amerika Syarikat.
Pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi memupuk semangat pengkomersialan dengan terma baharu iaitu startup dijalankan secara meluas ke seluruh negara melalui agensi pembangunan dan komuniti startup, MaGIC ( Malaysia Global Innovation and Creativity Centre ).
Antara inisiatif berimpak tinggi yang pernah dijalankan adalah USC ( University Startup Challenge ). Inisiatif ini telah memberi pengalaman sebagai startup founders untuk membina syarikat startup yang berdaya saing dalam masa 3 bulan.
Terdapat pelbagai usahawan startup universiti berjaya dilahirkan. Antaranya adalah Qarbotech. Pemenang USC21 dan berjaya memenangi geran pada pertandingan seterusnya.
Namun sejak kehilangan MaGIC, dunia startup semakin kelam bagai telur di hujung tanduk.
Tidak kira universiti mahu pun pemula startup persendirian, hasil FYP/ Paten yang wujud umpama gajah putih. Penat dibuat, tiada pula kesinambungannya.
Kesannya, negara mula hilang bibit dan ritma dalam menggalakkan rakyat menjadi seorang pencipta bukan sekadar pengguna.
Kendatipun, perkara ini boleh diselesaikan dengan kerjasama komuniti. Bantuan validasi idea/produk/servis memakan masa dan kudrat jika mahu dilakukan di jalanan. Dengan kewujudan platform perjumpaan komuniti startup, usaha 30 hari boleh dipendekkan dengan pitch selama 3 minit dan mendapatkan respon selama 4 minit bersama komuniti startup.
Malah ini bakal membantu para usahawan startup untuk fokus menggunakan modal dalam membangunkan prototaip pertama mereka.
Kesedaran ini menyebabkan terdapat banyak agensi dan korporat yang mahu membantu mengkomersialkan produk inovasi pelajar atau startup persendirian.
Untuk episod kedua Chill+Pitch, Dalena Zulkifli seorang yang sangat arif berkaitan pelan untuk memohon dana akan membuatkan pendengar lebih memahami bagaimana untuk mendapatkan dana pembangunan dengan berjaya.
Ketahui cara untuk melakar blueprint pertama bagi pembangunan produk dan dapatkan validasi berdepan bersama pakar.
Selain itu, khas untuk pengusaha startup persendirian wanita. Selami kisah pembangunan platform Kiddocare bersama Nadira Yusoff, CEO dan Founder Kiddocare.
Ini masanya untuk Malaysia membuka ruang komersial bagi semua lapisan pengusaha startup tidak kira umur mahupun jantina.
Jangankan Lembah Silikon di Amerika Syarikat, silap-silap Industri pembuatan gergasi seperti negara China pon mampu untuk Malaysia jadikan saingan dan teman.
Jom bersama kami Chill+Pitch dengan menekan link: Daftar
Atau imbas kod QR dibawah
Jumpa anda disana! Ini Chill+Pitch kita!