Perasan ke perasan, biasanya bila kita pergi ke sesebuah kedai makan dan menikmati makanan yang luar biasa, kita akan mula berfikir bila nak datang lagi kedai ini.
27haribulan, KACINGG!!
Gaji sudah masuk, selepas bayar semua komitmen terfikir nak reward diri makan sedap-sedapโฆpergi kedai haritu lah!
Masuk kedai senyum senyum dekat semua staf macam dah lama kenal sebab dah tau kejap lagi nak makan barang bukan biashe biashe.
Bila staff restoran datang, tak sempat nak bagi menu dah ingat ape order yang lepas. Burger double beef extra cheese spesial satu!
Terangguk-angguk staff dan pergi menyiapkan order biasa kita dan makanan pon sampai.
Tak fikir panjang dah order siap dua set sebab dah confirm puas makan satu.
NGAPP!
NGAP lagiโฆ mencari dan menanti mana pergi rasa tu?
Mula lah ni, customer dah banyak mula masak cincai! Getus dalam hati.
Itulah kali terakhir kita pergi ke kedai itu disebabkan kehilangan rasa yang dicari.
Tapi perasan ke perasan, macam banyak kali je jadi macamtu kan? Kalau sekali dua fahamlah tapi ini berkali-kali!
Minda bawah sedar kita sebenarnya tak pernah berehat dari mengupgrade upaya diri luar dan dalam kita.
Salah satunya adalah deria rasa. Deria ini dicipta Tuhan untuk kita menikmati rasa manis, masin, pahit, tawar dan pelbagai lagi.
Sebab itu bila sesekali makanan itu sangat sedap, deria rasa kita akan mula terlatih dengan kesedapan makanan itu sehingga kita semakin biasa dengan makanan tersebut
Menurut pengalaman ramai perkara ini tidak boleh diulang semula. Rasa itu sudah terkubur dengan arus masa berlalu.
Sebenarnya ada solusi!
Elakkan diri dari pergi ke kedai itu selama sebulan.
Kenapa? Nak bagi deria rasa berehat dan menjadi janggal dengan rasa makanan yang pernah dinikmati
Bila waktu terbaik nak repeat?
Bila kita dah mula terasa-rasa nak makan semula apa yang pernah kita order dulu
Ketika itu, deria rasa akan menghantar signal untuk mengimbau semula rasa makanan itu sehingga cetusan adrenalin menjamin ketersampaian makanan di tangan.
Kalau anda bagaimana? Apekah sama atau berbeza? Cuba komen dibawah!