Corak Pemikiran Usahawan Alam Baru

Menjadi seorang usahawan hari ini mendesak perubahan corak pemikiran bagi mengadaptasi revolusi dunia yang semakin melaju.

Dengan capaian ilmu perniagaan yang melata kini usahawan sudah mulai punya fahaman awal tentang apakah itu dunia usahawan.

Namun, bak kata Jamal Abdillah dalam lagu Seroja

“ Sekarang bukan bermenung zaman bermenung!”

Satu kelas lagi hanyalah tambahan kepada teori. Usahawan kini perlu mengadaptasi segala ilmu perniagaan yang pernah dipelajari kepada praktikal dalam dunia sebenar.

Jelas sekarang apa sebab usahawan itu perlu berilmu. Dengan galeri teori yang ada, usahawan dah boleh guna pakai apa yang mereka tahu kepada faham.

Menurut Prof Dr Saras Sarasvathy dalam rangka CAVE nya, aplikasi kemahiran dan teknik yang pernah dipelajari adalah kunci untuk seorang usahawan menjadi malar segar dalam apa jua corak rubah dunia.

.

Bukan lagi mengejar trend, KENALPASTI dan BERTINDAK DALAM KAWALAN

Buka buku baru. Bila anda rasa tersangkut di suatu fasa, cuba guna cara yang dicipta oleh Prof. Dr. Saras Sarasvathy.

ANALISA REALITI DAN CETAKAN VISI

Fahami apa yang anda ada sekarang. Sekarang zaman kerjasama, bak kata pepatah:

Kalau nak laju bergerak seorang, tapi nak lama bergeraklah berkumpulan

Sebagaimana yang telah dilakukan oleh syarikat-syarikat yang berjaya antaranya ialah Farm Fresh.

Baru-baru ini mereka telah membeli saham daripada Syarikat Inside Scoop sebuah syarikat tempatan yang berfokus kepada aiskrim bertemakan lokal dan mempunyai banyak outlet dalam Malaysia.

Daripada membuang masa untuk ekplorasi dan menjadi saingan dalam dunia aiskrim, Farm Fresh mengorak langkah untuk bekerjasama dengan Inside Scoop bagi menguasai pasaran aiskrim di Malaysia.

Baca penuh di https://thevocket.com/farm-fresh-meterai-perjanjian-beli-53-peratus-saham-inside-scoop/#google_vignette

Hasilnya, harini kita dah boleh lihat salah satu produk keluaran mereka bersama iaitu aiskrim Hauz menjadi rebutan masyarakat Malaysia yang pastinya meyakini kualiti kedua syarikat tersebut.

Nah, ini membuktikan kerjasama adalah antara elemen terpenting yang memisahkan persaingan perniagaan lapuk dahulu.

Walaubagaimanapun, bila anda bila dah selesai baca artikel ini pon masih ada ragu dalam diri. Mungkin ini masanya untuk anda kembali mencari diri dengan belajar bersama Prof. Dr. Saras Sarasvathy.

Prof akan bersama rakyat Malaysia pada 21 Oktober ini dibawakan khas oleh Startup Malaysia. Rebut peluang untuk belajar, mentor dan coaching secara terus dengan pembuka pemikir usahawan terkenal dunia ini.

Rungkai kebuntuan anda dengan corak pemikiran baru usahawan. Bagaimana telefon pintar berubah setiap tahun, diri anda juga perlu berubah untuk keberdayaan perniagaan anda.

Daftar sekarang selagi masih ada kekosongan: https://eventsize.com/@startupmalaysia/rethinq-network